Sholawat ibn Hajar al haitami

Sholawat ibn Hajar al haitami



“Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas Muhammad, hambaMu dan pesuruhMu, nabi yang buta huruf, dan ke atas keluarga Muhammad, isteri-isterinya ibu-ibu bagi orang-orang yang beriman, dan keturunannya, dan anggota-anggota rumahnya, sebagaimana Engkau telah melimpahkan solawat ke atas Ibrahim dan ke ataskeluarga Ibrahim, pada sekalian alam. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji, Maha Mulia.
Dan limpahkanlah barakah ke atas Muhammad hambaMu dan pesuruhMu, nabi yang buta huruf, dan ke atas keluarga Muhammad, dan isteri-isterinya ibu-ibu bagi orang-orang yang beriman, dan keturunannya, dan
anggota-anggota rumahnya, sebagaimana Engkau telah melimpahkan barakah ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim, pada sekalian alam. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji, Maha Mulia.
Dan sebagaimana yang bersesuaian dengan keagungan kemuliaannya, dan kesempurnaannya, dan keredhaanMu kepadanya, dan pada apa yang Engkau cintai dan redhai baginya, yang berkekalan selamalamanya, dan dengan bilangan pengetahuanMu, dan sebanyak segala kalimahMu, dan yang diredhai oleh diriMu, dan seberat singgahsanaMu, sebaik-baik solawat, dan yang paling sempurna daripadanya, dan yang paling lengkap, ketika orang-orang yang beringat mengingatiMu dan mengingatinya, dan orang-orang yang lalai terlalai daripada mengingatiMu dan mengingatinya, salam kesejahteraan seumpama itu, dan juga ke atas kami bersama mereka."

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Solawat ini telah disebut oleh Al-‘Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam kitab beliau Al-Jawahir Al-Munazzam. Selanjutnya beliau telah berkata, “Aku telah mengumpulkan di dalamnya di antara kaifiat-kaifiat yang telah warid(daripada hadits Rasulullah J) yang pernah dikumpulkan, bahkan juga
kaifiat-kaifiat yang lain yang telah disusun oleh kumpulan Al-Ulama’, dan masing-masing daripada mereka telah mengatakan bahawa kaifiatnya adalah kaifiat yang paling utama kerana ia mengumpulkan yang telah warid. Dan aku telah menyatakan di dalam Ad-Durr Al-Mandud bahawa kaifiat ini mengumpulkan seluruhnya, dan ia telah ditambahkan dengan beberapa tambahan yang telah sampai (kepada Rasulullah saw). Maka hendaklah engkau membanyakkan darinya di hadapan wajahnya yang
agung (ketika ziarah maqam Baginda saw). Bahkan, secara mutlak (tujuan lain), kerana ketika engkau melakukan yang demikian, akan didatangkanlah kesemua kaifiat yang telah warid di dalam solawat
penyaksian dan tambahan (kelebihan rohani) ini.”
 
Membaca Sholawat Adalah Bukti Cinta Kita Kepada Nabi
Tidak ada aturan khusus membaca shalawat,
siapa saja diperbolehkan.

Santripiss