Sholawat Nabi Ilyas Dan Nabi Khidir


“Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Nabi Muhammad.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

“Telah berkata Al-Imam Asy-Sya’rani : Telah bersabda Baginda , “Sesiapa yang membaca solawat ini, akan dibukakan ke atas dirinya tujuh puluh pintu dari rahmat, dan Allah akan meletakkan kecintaanNya pada kalbu-kalbu manusia. Tiada yang menjadi marah kepadanya melainkan orang yang
memiliki kemunafikan di dalam kalbunya.”

Telah berkata guru kami, yakni ‘Ali Al-Khawwas , “Adakah hadits ini dan yang sebelumnya, yakni sabdaan Baginda , “Keadaan paling dekat denganku bagi seseorang daripada engkau sekalian ialah apabila aku disebut, dia bersolawat ke atasku”, kami meriwayatkannya daripada sebahagian Al-‘Arifin,daripada Al-Khidir , daripada Rasulullah jdan ia (hadits-hadits) berdua di sisi kami adalah sohih, pada setinggi-tinggi darjat kesohihan, walaupun tiadalah ia ditetapkan oleh para ilmu hadits, kerana
kesulitan istilah-istilah mereka. Dan Allah jua lebih mengetahui!”
(Berakhir petikan kata-kata daripada Al-Imam Asy-Sya’rani )


Perkara ini dikuatkan lagi oleh apa yang telah dipetik oleh Al-Hafiz As-Sakhawi daripada Majduddin Al-Fairuzabadi , pemilik Al-Qamus,dengan sanadnya yang sampai kepada Al-Imam AsSamarqandi .

Beliau telah berkata. “Aku telah mendengar Al-Khidir dan Ilyas , dan mereka berdua telah berkata, “Kami telah mendengar Rasulullah jbersabda, “Tiadalah seorang yang beriman mengucapkan, “Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Muhammad”, melainkan akan dijadikan manusia mencintainya, walaupun mereka sedang membencinya. Demi Allah, tiadalah mereka mencintainya sehingga Allah mencintainya.” Dan kami juga telah mendengar Rasulullah j bersabda dari atas mimbar, “Sesiapa yang mengucapkan, “Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Muhammad”, akan dibukakan ke atas dirinya tujuh puluh pintu dari rahmat.”

Dan telah dipetik oleh Al-Hafiz yang tersebut (As-Sakhawi ) dengan sanad yang terdahulu bahawa Al-Imam As-Samarqandi telah mendengar Nabi Al-Khidir dan Nabi Ilyas , Mereka berdua juga telah bercerita, “Pada Bani Israil (di zaman dahulu), ada seorang Nabi, telah dikatakan bahawa dia bernama Asmawil, yang telah diberikan kemenangan di atas para musuhnya. (Pada suatu hari), dia telah keluar mencari musuh dan mereka (musuh) telah berkata, “Inilah adalah seorang ahli sihir. Dia telah datang untuk menyihir mata kita dan menghancurkan askar-askar kita. Maka haruslah kita bawa dia ke tepi laut dan kita musnahkan dia.” Maka dia pun keluar disertai empatpuluh orang lelaki dan pergilah mereka ke tepi laut. Telah bertanya sahabat-sahabatnya, “Apakah yang mesti kita lakukan?” Dia telah menjawab, “Majulah engkau sekalian dan ucapkanlah, “Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Nabi Muhammad!” Mereka pun maju ke hadapan dan mereka telah mengucapkan (solawat itu), lalu musuhmusuh mereka pun terdesak ke tepi laut lalu telah menjadi hanyut kesemuanya.”

Dan telah diriwayatkan juga oleh Al-Hafiz bahawa telah datang seorang lelaki dari Asy-Syam bertemu dengan Baginda Nabi, dia telah berkata, “Wahai Utusan Allah! Bapaku adalah seorang yang sudahtua, dan dia mencintai (teringin) untuk melihatmu.” Baginda Nabi telah berkata, “Bawalah dia bertemu denganku.” Dia telah menjawab, “Sesungguhnya, penglihatannya sudah rusak!” Baginda jtelah berkata, “Katakanlah kepadanya, “Ucapkanlah pada tujuh malam” “Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas
Muhammad.” Maka, dia akan melihatku di dalam mimpi, sehingga dia telah dapat meriwayatkan hadits daripadaku.”

Maka dia (bapa lelaki itu) pun melakukannya, dan telah melihat Baginda Nabi di dalam mimpi, dan dia telah dapat meriwayatkan (hadits) dari Baginda




Membaca Sholawat Adalah Bukti Cinta Kita Kepada Nabi
Tidak ada aturan khusus membaca shalawat,
siapa saja diperbolehkan.

Santripiss