sholawat yang di baca oleh ahlu bait


“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya (sentiasa) bersolawat ke atas nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman, bersolawatlah engkau sekalian ke atasnya, serta (ucapkanlah juga) salam kesejahteraan.

Aku sahuti seruanMu wahai Allah Tuhanku, dan (aku sahuti juga) panggilanMu.

(Semoga) solawat daripada Allãh Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang, dan [semoga juga solawat daripada) para malaikatNya yang didekatkan, dan para nabi, dan golongan As-Siddiqin (orang-orang yang jujur), dan golongan Asy-Syuhada' (mereka yang telah mati syahid), dan golongan As-Solihin, dan sesiapa jua yang bertasbih kepadaMu daripada
golongan setiap sesuatu, (akan sentiasa) dilimpahkan ke atas penghulu kami Muhammad bin ‘Abdullah, penutup para nabi, dan penghulu para rasul, dan imam bagi orang-orang yang bertaqwa, dan pesuruh bagi Tuhan Pengatur sekalian alam, yang menjadi saksi dan juga adalah pembawa berita gembira (daripada Allah), yang menyeru kepadaMu dengan keizinanMu, pelita
yang menerangkan, dan (semoga sentiasa dilimpahkan juga) ke atasnya kesejahteraan.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani

Telah disebutkan solawat ini di dalam (kitab tulisan Al-Qadi’ ‘lyad yang berjudul) Asy-Syifa (yang telah meriwayatkan) daripada penghulu kita 'Ali binAbi Talib .

Dan telah dipetik di dalam komentar Ad-Dalail, dariAl-Mawahib, bahawa Asy-Syeikh Zainuddin bin Al-Husain Al-Maraghi telah menyebut tentangnya di dalam kitabnya Tahqiqan-Nusrah.
Dan beliau telah berkata bahawa telah diriwayatkan bahawa ketika dibacakan solawat ke atas anNab j, selepas kewafatan Baginda j, oleh anggota-anggota rumah Baginda j (ahli Baitih), tiadalah orang ramai mengetahui apa yang telah dibacakan oleh mereka. Maka mereka (orang ramai) pun bertanya kepada Ibn Mas'ud . Dia telah menyuruh mereka bertanya kepada [penghulu kita] ‘Ali , Maka beliau pun mengucapkan solawat ini kepada mereka.