sholawat yang di riwayatkan ibnu mas'ud



“Wahai Allah, jadikanlah (limpahkanlah) dan rahmatMu, dan barakahMu, ke atas penghulu para rasul, dan imam bagi orang-orang yangketakwa, dan penutup bagi para nabi, hambaMu dan rasulMu, imam kebaikan serta permimpin kebaikan, dan rasul (yang telah diutuskan sebagai satu) rahmat.
Wahai Allah, bangkitkanlah untuknya kedudukan yang terpuji, yang diirikan (yangdicemburukan) oleh orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Telah berkata Al-Imam Asy-Sya`rani : Telah berkata ‘Abdullah ibn Mas’ud , "Apabila engkau sekalian rnengucapkan solawat ke atas Rasalullah j, perbaguskanlah ia, mudah-mudahan ia akan dipersembahkan kepada Baginda j, dan ucapkanlah solawat ini."
Dan penghuluku Al-`Arif Billah As-Sayyid Mustafa Al-Bakri di dalam komentar beliau ke atas AlQasidah al-Munfarijah oleh Al-Imam Al-Ghazali , telah memberikan sanadnya secara langsung kepada an-Nabi j, dan bukan kepada `Abdullah ibn Mas’ud, dan inilah yang telah disebutkan oleh beliau. Dan telah disampaikan di dalam [topik] keutamaan bersolawat dan bertaslim ke atas irnarn bagi orang-orang yang bertakwa, serta sumber pengetahuan, penghulu bagi segala rasul dan pemimpin bagi mereka yang bercahaya terang, dari beberapa hadits yang melebihi sembilan puluh buah jumlahnya, dan di antaranya ialah, "Jika engkau sekalian bersolawat, perbagusk anlah solawat itu, kerana engkau sekalian tiada mengetahui bahawa mungkin sahaja ia akan dipersembahkan kepadaku. Ucapkanlah, "Wahai Allah, jadikanlah (limpahkanlah) dan barakahMu, ke atas pe nghulu bagi para rasul, dan imam bagi orangorang yang bertakwa, dan penutup bagi para nabi, hambaMu dan rasulMu, imam kebaikan serta pemimpin kebaikan dan imam (yang telah diutuskan sebagai) rahmat. Wahai Allah, bangkitkanlah untuknya kedudukan yang terpuji, yang diirikan oleholeh orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian."
Dan yang zahir (yang ternampak jelas) ialah Ibn Mas’ud , itulah yang telah meriwayatkan solawat ini daripada An-Nabi , dan kepada beliaulah ia telah dinisbahkan.

Membaca Sholawat Adalah Bukti Cinta Kita Kepada Nabi
Tidak ada aturan khusus membaca shalawat,
siapa saja diperbolehkan.

Santripiss