Sholawat untuk mencapai hajat

 

“Wahai Allah! Limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, dan ke atas anggota-anggota rumahnya.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Si pemberi komentar telah mengutip solawat ini daripada Ahmad ibn Musa , daripada bapanya, daripada datuknya bahawa sesiapa yang membacanya seratus kali setiap hari, Allah akan mengabulkan kepadanya seratus hajat, tiga puluh daripadanya di dunia.

Dan telah berkata pula Ibn Hajar di dalam kitab As-Sawa’iq : Telah diriwayatkan daripada Ja’far ibn Muhammad daripada Jabir sebagai [hadis] marfu' : “Sesiapa yang bersolawat ke atas Muhammad dan ke atas anggota-anggota rumahnya”, sebanyak seratus kali, Allah akan mengabulkan kepadanya seratus hajat, tujuh puluh daripadanya di Hari Akhirat "

Dan telah berkata pula Asy-Syaikh As-Suja’i di dalam catatan pinggiran [bagi kitabnya], bahawa lafaznya ialah : "Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad, dan keatas anggota-anggota keluarganya."

Membaca Sholawat Adalah Bukti Cinta Kita Kepada Nabi
Tidak ada aturan khusus membaca shalawat,
siapa saja diperbolehkan.

Santripiss