sholawat ahmad badawi sugro,qubro

sholawat ahmad badawi sugro,qubro

“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat, kesejahteraan dan keberkatan ke atas
penghulu dan tuan kami Muhammad: pohon sumber ciptaan yang bercahaya;
pembuka rahmat Allah; semulia-mulia gambaran jasad; galian rahsia
ketuhanan, khazanah ilmu-ilmu pilihan; pemilik awalkejadian; perhiasan yang
berharga; mempunyai kedudukan yang tinggi; insan yang para Nabi bernaung
di bawah benderanya; maka mereka datang daripadanya dan kembali
kepadanya memohon syafa`at. Limpahkanlah rahmat, kesejahteraan dan
keberkatan ke atas Baginda j, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda Nabi
sebanyak kejadianmu dan rezekimu, makhluk yang kau matikan dan hidupkan sehingga hari engkau membangkitkan makhluk yang telah engkau binasakan.
Curahkanlah kesejahteraan yang melimpah ruah dan segala puji tertentu
bagi Allah Tuhan Pentadbir sekalian alam.“

sholawat badawi sughro/nurul anwar

“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas cahaya segala cahaya; rahsia
segala rahsia; penawar bagi segala kesusahan; pembuka pintu kesenangan;
penghulu kami Muhammad, Nabi pilihan. (Limpahkanlah juga rahmat ) ke
atas keluarga Baginda jyang suci bersih dan sahabat-sahabat Baginda j
yang terpilih, sebanyak bilangan nikmat-nikmat dan kurniaan Allah”.

komentar syeikh yusuf an nabhani:

Telah berkata mereka (para masyaikh) bahawa membaca tiga kali darinya (solawat di atas) adalah seperti membaca Dalail Khairat.Dan di waktu dia membacanya, hendaklah si pembaca menghadirkan cahaya-cahaya Baginda Nabi dan keagungan Baginda Nabi di dalam kalbunya, dan sesiapa yang mengamalkan pembacaannya pada setiap hari sebanyak 3x selepas solat Subuh dan tiga kali selepas solat Maghrib, akan diperlihatkan kepadanya rahsia-rahsia yang banyak.

 Sesudah beliau menyebutkan tentang solawat yang terdahulu itu dan juga faedahfaedahnya, telah berkata Al-Ustaz Ahmad Dahlan di dalam Majmu’ahnya yang tersebut; “Dan dari yang telah dinisbahkan juga kepada penghulu kita Al-Qutb Al-Kamil As-Sayyid Ahmad Al-Badawi ialah solawat ini.”
Dan setelah menyebutkannya, beliau telah berkata; “Ramai dari golongan Al-‘Arifin telah mengatakan bahawa ia adalah mujarab untuk menunaikan hajat-hajat, dan mengangkat bala, dan menolak bencana, serta menghasilkan cahaya-cahaya dan rahsia-rahsia. Bahkan ia adalah
mujarab untuk segala perkara. Dan jumlah untuk diwiridkannya ialah seratus kali pada setiap hari.”

Membaca Sholawat Adalah Bukti Cinta Kita Kepada Nabi
Tidak ada aturan khusus membaca shalawat,
siapa saja diperbolehkan.

Santripiss