sholawat imam syafii



“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad, sebanyak orang yang bersolawat ke atasnya, limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami Muhammad sebanyak orang yang tidak bersolawat ke atasnya, limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad sebagaimana yang Engkau perintahkan kami bersolawat ke atasnya, limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad sebagaimana yang Engkau sukai agar bersolawat ke atasnya, limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad, sebagaimana, solawat yang sepatutnya diucapkan ke atasnya.”


“Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas Nabi kami Muhammad, setiap kali orang-orang yang mengingatinya dan orang-orangyang melupakannya.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani

Telah menyebut Abu Al-‘Abbas bin Mindil di dalarn kitab Tuhfah Al-Maqasid bahawa Al-Imam Asy-Syafi’i , telah dilihat di dalarn sebuah mimpi. Maka telah ditanyakaan kepada beliau, "Apakah yang telah dilakukan oleh Allah kepadamu?" Beliau telah menjawab, "Dia telah mengampuni
daku." Telah ditanyakan kepada beliau, "Dengan sebab apa?" Beliau telah menjawab, "Dengan 5 kalimat yang dengannya aku telah bersolawat ke atas Baginda Nabi, " Telah ditanyakan lagi kepada
beliau, Dan apakah ia?" Beliau telah menjawab, "Aku telah mengucapkan . ." dan beliau telah menyebut solawat ini (solawat yang 28 di atas).

Dan telah mengutip Al-Imam Ghazali dalam Kitabnya Ihya ulumuddin’, daripada Abil-Hasan AsySyafi’i yang telah berkata: Aku telah melihat An-Nabi jdi dalam mimpi, dan aku telah bertanya, "Wahai Utusan Allah, dengan apakah Asy-Syafi’i (Ima m Muhammad ibn Idris) diganjari bagi pihakmu ketika dia mengucapkan di dalam kitabnya Ar-Risalah:Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas Muhammad, setiap kali orang-orang yang mengingatinya dan orang-orang yang melupakannya?"
Maka Baginda j, telah menjawab, "Ganjarannya daripadaku ialah tidak dikenakan hisab untuknya."

Membaca Sholawat Adalah Bukti Cinta Kita Kepada Nabi
Tidak ada aturan khusus membaca shalawat,
siapa saja diperbolehkan.

Santripiss