sholawat nurul qiyamah


“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat dan segala kesejahteraan ke atas penghulu
dan tuan kami, Muhammad; lautan cahayaMu, galian rahsiaMu, lisan
hujahMu, penganti kerajanMu, imam hadratMu, perhiasan kerajanMu,
perbendaharaan rahmatMu, jalan syariatMu, orang yang berlazat-lazat
dengan tauhidMu, insan yang sebenar-benar wujud, sebab pada setiap
maujud, penghulu segala penghulu makhlukMu, insan yang terdahulu dan cahaya sinaran milikMu, dengan solawat yang berkekalan dengan
berkekalannya DZatMu, yang tidak ada penghujung baginya di bawah
pengawasan ilmuMu, dengan solawat yang meredhakan Engkau, meredhakan
Baginda jdan Engkau meredhai kami, wahai Tuhan semesta alam!”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani

Telah dikatakan oleh Asy-Syaikh Ahrnad As-Sowi dan [juga oleh para masyaikh] selain beliau, bahawa solawat ini telah ditemui di atas sebuah batu [telah ditulis] dengan tulisan Al-Qudrah, dan ia adalah Solawat Nur Al-Qiyamah.

la telah diberikan nama yang demikian kerana banyak nya cahaya yang akan diberikan pada hari itu (Hari Kiamat) kepada orang yang pernah membacan ya. Dan di dalam komentar daripada sesetengah wali-wali yang terbesar bahawa ia (pahalanya) adalah menyamai empat belas ribu
solawat.

Membaca Sholawat Adalah Bukti Cinta Kita Kepada Nabi
Tidak ada aturan khusus membaca shalawat,
siapa saja diperbolehkan.

Santripiss