sholawat yang di baca hari jumat




“Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke Atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad.
Solawat yang menjadi keredhaan bagiMu dan penunaian hak baginya. Dan kurniakanlah kepadanya al-wasilah dan dirikanlah untuknya kedudukan terpuji yang telah Dikau janjikan kepadanya.
Balaskanlah kepadanya bagi pihak kami, sebagaimana yang layak bagjnya. Dan balaskanlah kepadanya dengan sebaik-baik pemnbalasan yang Dikau balaskan kepada seorang nabi bagi pihak umatnya.
Dan limpahkanlah solawat ke atasnya dan ke atas seluruh saudara-saudaranya daripada kalangan para nabi dan daripada kalangan orang-orang yang solih.
Wahai yang paling penyayang di antara segala yang bersifat penyayang.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani :

Al-lmam Al-Ghazali telah menyebut tentang solawat ini di dalam Al-Ihya’, dan telah mengesyorkan agar membacanya sebanyak tujuh kali pada hari Jumaat. Dan beliau telah mengutip daripada sesetengah daripada mereka (para masyaikh) bahawa sesiapa yang mengucapkannya pada tujuh Jumaat, dan pada setiap Jumaat sebanyak 7x,
niscaya wajiblah baginya menerima syafa’at Baginda Nabi

Membaca Sholawat Adalah Bukti Cinta Kita Kepada Nabi
Tidak ada aturan khusus membaca shalawat,
siapa saja diperbolehkan.

Santripiss