sholawat yang di riwayatkan imam ghazali


“Wahai Allah, jadikanlah (limpahkanlah) keutamaa solawatMu, dan penambahan barakahMu, dan kemuliaan keluhuranMu, serta kelembutanMu dan rahmatMu, serta penghormatanMu, ke atas Muhammad, penghulu bagi Para Rasul, dan imam bagi golongan orang-orang yang bertaqwa, serta penutup bagi Para Nabi, dan rasul bagi Tuhan Pengatur sekalian alam,
pemimpin kebaikan serta pembuka kebajikan, dan nabi (yang telah diutuskan sebagai satu) rahmat serta penghulu (bagi seluruh) umat.
Wahai Allah, dirikanlah untuknya kedudukan terpuji yang Dikau hampirkan untuknya [sebagai tanda keterpujian dan juga sebagai tanda] kedekatan, dan yang menjadikan sejuk matanya, yang diirikan oleh orang-orang yang terdahulu dan orang-orang. yang terkemudian.
Wahai Allah, kurniakanlah kepadanya kelebihan serta keutamaan, dan kemuliaan serta alwasilah, dan tingkatan yang tingj serta tempat yangterjulang dan terhormat.
Wahai Allah, kurniakanlah kepada penghulu kami Muhammad apa yang dipintanya, dan sampaikanlah kepadanya apa yang diharapkannya, dan jadikanlah dia orang yang pertama memberikan syafa’at dan orang yang pertama diterimasyafa’at.
Wahai Allah, jadikanlah agung buktinya (kesaksiannya), dan jadikanlah berat timbangannya, dan jadikanlah jelas hujahnya, dan jadikanlah tingkatnya yang tertinggi di kalangan orang-orang yang didekatkan.

Wahai Allah, bangkitkanlah kami di dalam kelompoknya, dan jadikanlah kami daripada ahli-ahli yang menerima syafa’atnya, dan hidupkanlah kami di atas sunnahnya, dan matikanlah kami di atas agamanya, dan sampaikanlah kami ke telaganya, dan minumkanlah kami dari gelasnya,
tanpa penghinaan, dan tanpa penyesalan, dan tanpa kebimbangan, dan tanpa penukaran [keadaan rohani serta pegangan agama), tanpa menjadi orang yang memfitnah, dan tanpa menjadi orang yang terkena fitnah.
Perkenankanlah, wahai Tuhan Pengatur sekalian alam.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani :

Telah berkata Al-Imam Al-Ghazali di dalam Al-Ihya ulumuddin’, setelah beliau memperkatakan tentang dua 
(ungkapan)solawat sebelumnya, bahawa j ika diinginkan untuk menambahkan (nilai keutamaan di atas dua ungkapan solawat yang telah disebutkan sebelumnya) bolehlah dibaca solawat yang ma’tsurah (solawat yang telah datang daripada Rasulullah j), lalu beliau pun menyebutkan solawat ini.
Dan [fakta] bahawa beliau , telah memilihnya menandakan [kepada kita] bahawa ia adalah [di antara] cara [membaca] solawat yang paling utama keatas An-Nabi j, dan juga, yang paling banyak ganjarannya (pahalanya).
Telah berrkata Al-Hafiz Al-'Iraqi di dalam Takhrij Ahadits Al-Ihya’ mengenai hadits, "Wahai Allah, jadikanlah ( limpahkanlah) keutamaan solawatMu . . .", Ibn Abi ‘Ashim telah mengeluarkannya (telah menyebut tentangnya) di dalam kitab As-Solah ‘ala An-Nabi dari hadits [yang telah diriwayatkan oleh] Ibn Mas’ud.

Membaca Sholawat Adalah Bukti Cinta Kita Kepada Nabi
Tidak ada aturan khusus membaca shalawat,
siapa saja diperbolehkan.

Santripiss