sholawat yang di riwayatkan oleh sa'id bin 'atorid


“Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas Muhammad di kalangan sekalian orangorang yang terdahulu. Dan limpahkanlah solawat ke atas Muhammad di kalangan sekalian orang-orang yang terkemudian. Dan limpahkanlah solawat ke atas Muhammad di kalangan sekalian para nabi. Dan limpahkanlah solawat ke atas Muhammad di kalangan sekalian para rasul. Dan limpahkanlah solawat ke atas Muhammad di kalangan
sekalian para malaikat yang tertinggi sehingga HariAgama (Hari Kiamat).”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Telah mengutip Asy-Syeikh daripada As-Suja’i , bahawa dia telah berkata bahawa Sa’id ibn ‘Atorid telah meriwayatkan, “Sesiapa yang membaca solawat ini tiga kali ketika masuk waktu petang, dan tiga kali ketika masuk waktu pagi, dosa-dosanya akan dilenyapkan, dan kesalahan-kesalahannya akan
dipadamkan, dan kebahagiannya akan dikekalkan, dan doa-doanya akan diperkenankan, dan cita-citanya akan dikurniakan, dan dia akan dibantu ke atas musuh-musuhnya.”