sholawat yang diriwayatkan oleh Imam sauja'i



“Wahai Allah, wahai Tuhan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, dan kurniakanlah kepada Muhammad kedudukan dan al-wasilah di syurga. Wahai Allah, wahai Tuhan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, kurniakanlah ganjaran kepada Muhammad, semoga Allah melimpahkan solawat ke atasnya dan kesejahteraan, sebagaimana yang layak baginya.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani :

Telah berkata Asy-Syeikh di dalam komentar Ad-Dalail bahawa telah berkata Al-Imam As-Suja’i :
“Telah menyebut guru kami Al-Malawi bahawa telah bersabda An-Nabi , “Sesiapa dari golongan umatku mengucapkan solawat ini ketika dia berpagi dan ketika dia berpetang, akan meletihkan tujuh puluh penulis (pencatat amalan dari golongan malaikat) selama seribu pagi, dan akan diampuni dosanya, juga dosa dua ibu bapanya.”

Dan di dalam komentar Al-Fasi , beliau telah mengatakan bahawa Jabr telah meriwayatkan daripadahadits Jabir ibn ‘Abdillah secara marfu’,dan beliau telah menisbahkannya pada kitab Asy-Syaraf.

Dan telah meriwayatkan At-Tabrani di dalam Al-Kabir dan Al-Awsath, daripada ibn ‘Abbas dengan sanad yang lemah, beliau telah berkata: “Telah bersabda Rasulullah , “Sesiapa yang mengucapkan, “Semoga Allah mengurniakan ganjaran kepada Muhammad bagi pihak kami, sebagaimana
yang layak baginya”, akan meletihkan tujuh puluh penulis (malaikat) selama seribu pagi.”

Abu Nu’aim juga telah turut meriwayatkannya di dalam Al-Hilyah.
Dan telah mengutip Asy-Syeikh daripada Al-Hafiz As-Sakhawi daripada Majduddin Al-Fairuzabadi , bahawa jika ada seorang manusia bersumpah untuk mengucapkan sebaik-baik solawat ke atas AnNabi j hendaklah dia mengucapkan : “Wahai Allah, Tuhan kepada Muhammad dan keluarga
Muhammad, limpahkanlah solawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, dan kurniakanlah ganjaran kepada Muhammad, semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas
Baginda, sebagaimana yang layak baginya.

Membaca Sholawat Adalah Bukti Cinta Kita Kepada Nabi
Tidak ada aturan khusus membaca shalawat,
siapa saja diperbolehkan.

Santripiss