Solawat Asy Syeikh Abu 'Abdillah ibn An Nu'man



“Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas penghulu kami Muhammad, yang telah Engkau penuhi kalbunya dengan kebesaranMu, dan (pandangan) matanya dengan keindahanMu.
Maka telah menjadi bahagia dan gembiralah dia, telah dikuatkan dan diberikan bantuan. [Dan limpahkanlah juga solawat] ke atas keluarganya serta para sahabatnya. Dan (limpahkanlah juga ke atasnya serta ke atas mereka] salam kesejahteraan. Dan puji-pujian bagi Allah di atas [segala limpahan] itu.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Telah mengutip Asy-Syaikh dari [kitab] Syarh Al-Minhaj [karangan] oleh Ad-Damiri , bahawa AsySyaikh Abu ‘Abdillah ibn An-Nu’man , telah bermimpi bertemu dengan Rasalullah , sebanyak seratus kali.
Pada kali yang terakhir, beliau telah bertanya, "Wahai Utusan Allah, solawat ke atasmu yang manakah paling utama?"

Baginda Nabi Muhammad telah bersabda, Ucapkanlah "Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas penghulu kami Muhammad, yang telah Engkau penuhi kalbunya dengan kebesaranMu, dan (telah Engkau penuhi pandangan) matanya dengan keindahanMu. Maka telah menjadi bahagia dan gembiralah dia, telah dikuatkan dan diberikan bantuan" dan baki solawat ini ada disebutkan di dalam (kitab) Dalailul Khairat.