Solawat Asy-Syeikh Abu Hasan Al-Karkhi


“Wahai Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad dan ke atas
keluarga Muhammad, (dengan rahmat) memenuhi dunia dan memenuhi akhirat. Dan rahmatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, (dengan rahmat) memenuhi dunia dan memenuhi akhirat. Dan kurniakanlah ganjaran kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, [dengan ganjaran yang] memenuhi dunia dan memenuhi akhirat. Dan kesejahteraan ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, [dengan kesejahteraan yang] memenuhi dunia dan memenuhi akhirat.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Telah disebutkan di dalam komentar (penjelasan) Ad-Dalail, bahawa solawat ini adalah solawat Abi Al-Hasan Al-Karkhi ,seorang sahabat kepada Ma’ruf Al-Karkhi , dan yang telah beliau gunakan untuk bersolawat ke atas Muhammad. Dan perkara ini telah dikutip daripada ramai Al-Ulama’ yang terbesar.

Membaca Sholawat Adalah Bukti Cinta Kita Kepada Nabi
Tidak ada aturan khusus membaca shalawat,
siapa saja diperbolehkan.

Santripiss