Solawat Yang Pernah Diceritakan Oleh Abul 'Abbas Ahmad Al Hajiri


“Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas penghulu kami Muhammad ha’ (adalah isyarat) Ar-rahmah (rahmat daripada Allah), dan mim [adalah isyarat kepada] Al-Mulk (kerajaan Allah), dan [huruf] dal [adalah isyarat kepada] Ad-Dawam (keabadian Allah).
(Limpahkanlah solawat ke atas dia yang merupakan) si penghulu yang sempurna, si pembuka (tiadalah pintu syurga dibuka di Hari Akhirat untuk sesiapa pun Rasulullah sendirimemasukinya), si penutup (penutup kenabian kerana tiadalah nabi selepas Rasulullah diutuskan).
[Limpahkanlah solawat itu ke atasnya] sebanyak jumlah apa yang terkandung di dalam pengetahuanMu, [sama ada] yang akan berlaku atau pun yang sudah pun berlaku, ketika orang-orang yang beringat mengingatiMu dan mengingatinya, dan ketika orang-orang yang lalai terlalai daripada mengingatiMu dan [terlalai daripada] mengingatinya.
[Dengan limpahan] solawat yang berrkekalan bersama kekalanMu, [dan] yang abadi bersama keabadianMu, [serta] tiadalah baginya (solawat itu) penghujung di bawah pengetahuanMu.
Sesungguhnya Engkau adalah Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Solawat ini adalah bersamaan seribu kebaikan.
Telah dikutip di dalam kitab komentar Ad-Dalail daripada datuknya Asy-Syaikh Yusuf daripada As-Solih Al-Wali Abi Al-‘Abbas Ahmad Al-Hajari , Telah berkata beliau, "Telah sampai kepadaku bahawa sesiapa yang bersolawat ke atas An-Nabi j dengan solawat ini, baginya 10 kebaikan. Maka aku telah melihat Baginda Nabi (di dalam mimpi) dan aku telah bertanya kepada Baginda Nabi,
"Wahai nabi Allah, adakah benar bagi sesiapa yang bersolawat ke atasmu dengan solawat ini, untuknya 10 kebaikan sebagaimana yang mereka katakan?" Maka telah menjawab Baginda Nabi, "Bahkan, sepuluh solawat bagi setiap solawat 10 kebaikan, dan kebaikan itu adalah bersamaan dengan 10 semisalnya.”
Dan telah dikutip daripada Asy-Syaikh As-Solih Abi Al-Hasan 'Ali Al-Madarisi bahawa ia dikenali dengan panggilan solawat  Al-Alfiyyah (yang dibangsakan kepada seribu, yakni seribu kebaikan) dan beliau telah mengutip daripada Al-Wali As-Solih ‘Abdullah bin Musa At-Tarabulusi ,
dan beliau telah menyebut bahawa beliau telah mengutipnya daripada Asy-Syaikh Muhammad bin `Abdullah Az-Zaituni , dan beliau telah berkata bahawa beliau telah rnenerimanya daripada lebih
kurang 20 orang syaikh.

Membaca Sholawat Adalah Bukti Cinta Kita Kepada Nabi
Tidak ada aturan khusus membaca shalawat,
siapa saja diperbolehkan.

Santripiss