Shalawat Imam Al Ghazali Fadhilah Bertemu Nabi Muhammad

mimpi bertemu rosulullah muhammad

“Wahai Allah,jadikanlah solawatMu yang berkekalan, dan barakahMu yang paling berkembang selamanya dan penghormatan yang paling suci dari segi keutamaan dan hitungan, ke atas makhluk yang paling mulia insan (manusia), tempat terkumpulnya segala hakikat keimanan, dan batas kebaikan yang nampak, pemimpin balatentera kaum Muslim dan
tempat turun bagi rahsia-rahsia kasih sayang, peranlara bagi rantaian para nabi, pengemuka bagi tentera para rasul, ketua pasukan para nabi yang dimuliakan, dan yang paling baik daripada para makhluk seluruhnya.
Pembawa bendera kemuliaan yang tertinggi, dan yang memiliki tali pemimpin kemuliaan yang paling atas darjatnya, saksi bagi rahsia-rahsia yang azali, dan yang menyaksikan cahayacahaya yang terdahulu sejak awal, dan penterjemah lidah zaman dahulu kala, sumber bagi pengetahuan, kesantunan dan kebijaksanaan, tempat terzahirnya rahsia kemurahan secara sebahagian dan secara sepenuhnya, dan insan penghulu bagi kewujudan yang tinggi dan kewujudan yang rendah, roh bagi jasad dua alam, dan penghulu bagi kehidupan dua tempat (dunia dan akhirat).
Yang telah memastikan dengan tingkat kehambaan yang paling tinggi. Yang telah berakhlak dengan akhlak-akhlak dari maqam-maqam yang pilihan sahabat yang terbesar dan kekasih yang dimuliakan Penghulu kami Muhammad ibn `Abdullah ibn Muttolib.
Dan ke atas seluruh para nabi dan para rasul, dan ke atas keluarga mereka sekalian, ketika orang-orang yang beringat mengingatiMu, dan orang-orang yang lalai melupakanMu.”

 “Barangsiapa bershalawat untukku dipagi hari sepuluh kali dan di petang hari sepuluh kali, mendapatlah ia syafa’atku pada hari qiamat.” (HR. Al-Thabrânî)

“Manusia yang paling utama terhadap diriku pada hari qiamat, ialah manusia yang paling banyak bershalawat untukku.” (HR. Al-Turmudzî).

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani:

Telah berkata penghuluku Ahmad As-Sowi di dalam komentar mengenai Wirid Ad-Dardir (wirid-wirid yang telah digubah oleh Asy-Syaikh Ahmad ad-Dardir , seorang guru bagi At-Toriqah Al Khalwatiyyah) bahawa solawat ini telah dinukil oleh Hujjatul-Islam Al-Ghazali daripada Al-Qutb Al-‘Idrus (atau ‘Aidarus) , dan telah diberikan nama gelaran Syams Al-Kanzil A’zham (Matahari
Perbendaharaan Yang Teragung), dan bahawa sesiapa yang membacanya akan dihijab (didindingkan) kalbunya daripada was-was syaitan.
Dan beliau telah berkata bahawa sesetengah daripada mereka (para masyaikh) telah mengatakan bahawa ia adalah kepunyaan Al-Qutb Ar-Rabbani penghuluku ‘Abdul Qadir Al-Jilani , dan juga bahawa sesiapa yang membaca selepas solat Isya, Surah Al-lkhlas dan Al-Mu`awwidhatain
3 (dibaca Surah Al-Ikhlas 3x, Surah Al-Falaq 3x dan Surah An-Nas 3x) dan bersolawat ke atas Baginda nabi  dengan solawat ini, dia akan melihat Baginda nabi jdi dalam mimpi.

Membaca Sholawat Adalah Bukti Cinta Kita Kepada Nabi, Siapa saja diperbolehkan Untuk mendapatkan pertolongan dari baginda nabi di akhirat kelak, Kenapa harus membaca Shalawat? Memang Nabi tidak berharap pujian sebagai tanda terima kasih dari umatnya. Paling tidak pujian kepada nabi merupakan kesedaraan seorang mahluk Allah sebagai apresiasi terhadap konsistensi Nabi Muhammad yang senantiasa mengingat umatnya walau duka menyelimuti dirinya. 

Apa yang baginda nabi ingat di detik-detik akhir hayatnya ?.. Bukan anak istri nabi bukan pula ibu bapak nabi, Melainkan nabi ingat kepada umatnya. begitu sayangnya beliau kepada kita.

Tambahan: Untuk kasiat lain dan manfaat lainnya silahkan temui kiyai,ustadz,guru karena ada peraturan atau doa khusus didalam sholawat nariyah ini, dan jika ingin mengamalkan dengan ikhlas dan istiqomah, maka akan banyak sesuatu yang terjadi di luar akal. itu semua allah berikan kepada hambanya yang istiqomah dan ikhlas dalam menjalankan ibadah sholawat. Wawlahu A’lam Bissawab.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »